Tuesday, 21 August 2012

Surprise!!

Semalam aku rasa sangat bosan ketika aku menunggu Angah dan Jen balik dari pasar. Entah apa yang dibuat mereka di pasar sampai malam. Aku log in Facebook dan Twitter tapi semuanya membosankan juga semalam.

Ketika aku tengah syok nak ber'eply tweet dari seorang follower aku, tiba-tiba Angah datang dengan rambutnya yang masih basah. Dengan itu, aku tahu bahawa Angah telahpun lama sampai dan dia sudah mandi. Macam malam-malam lain, dia mengajak aku ke biliknya untuk minum kopi bersama. Aku dengan rela hati mengikutinya dari belakang dengan membawa cawan aku yang aku isikan dengan serbuk kopi nescafe. Agak lama juga Angah mengetuk pintu biliknya. Aku pun naik heran. Apa yang Jen buat dalam bilik tu? Kemudian aku mengandaikan bahawa Jen masih berkemban dan mungkin dalam proses memakai pakaian. 

Tiba-tiba, pintu dibuka dan aku lihat bilik itu berada dalam keadaan gelap serta ada orang yang berada di sana sambil menyalakan lighter dan menyanyikan lagu 'Happy Birthday To You!'. Aku pun lalu terkejut dan melarikan diri ke sebelah dinding bilik Angah. Angah menarik aku dan menyuruh aku masuk. Aku memang tak sangka semua ini yang sebenarnya terjadi. Terkejut sangat! 

Aku nampak yang datang ketika itu adalah Wina, Cleo, Alis, Jen dan Angah sekali. Aku dah tak terkata bila mereka membuat surprise birthday party untuk aku. Oh God! Aku sangat malu masa itu. Dan yang paling penting yang empunya idea untuk membuat surprise ini adalah Jen. Dia lagi! Ketika itu, aku tak tau apa aku rasa. Adakah dia anggap aku best friend dia selama ini? Aku tidak tahu dan tak sedar dengan kebaikan yang dia tunjukkan di depan aku. 

Dan ini ialah kek birthday aku itu. 

Tadaa....


I love them very much! Aku memang tak sangka mereka akan buat surprise birthday untuk aku. Oh Tuhan, berkatilah mereka yang baik pada aku. Amin~ 


p/s: Sebenarnya birthday aku adalah 17 Ogos ini. Tapi aku post hari ini. So, that's mean aku compose post ini malam 16 Ogos dan surprise party ini adalah pada malam 15 Ogos. Hee :p


No comments: