Thursday, 19 September 2013

Homesick

Lebih kurang 3 minggu aku dah berada kat kolej ni. Hatiku sentiasa berada di rumah. Aku sentiasa merindui ibu bapa aku. Aku merindui semua aktiviti aku semasa cuti dulu. Semua membuatkan hidup aku serba lengkap. Tapi di sini, aku cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Aku rasa takda hidup di sini. "No Life" bak kata mat salleh. Entah kenapa. Bukan aku tak suka lecturer, aku suka semua lecturer yang mengajar aku kerana mereka sangat mesra dengan kami.

Aku takut aku tak dapat ikut pembelajaran kat sini. Ibu bapa aku teringin nak melihat aku membawa segulung ijazah balik rumah. Bukan aku tak suka belajar, aku suka. Aku takut menghampakan kedua2 ibu bapa ku. Aku takut gagal tapi kata orang, gagallah kemudian bangkit lagi untuk menjadi orang terbaik. 

Di sini aku bertemu dengan beberapa orang yang baru dan mereka sangat ramah. Contoh, roomate aku si Rabecca, housemates aku, si Shima dan si Akidah. Mereka lah peneman hidupku ketika aku rasa aku perlukan seseorang untuk berbual. Terima kasih Tuhan kerana Engkau telah memberikan aku kawan2 yang sangat baik. Tapi aku bertuah kerana aku masih lagi dapat pergi ke kelas bersama2 dengan Jen dan Colin. Mereka juga sahabat aku sejak dari Poli lagi. Tanpa mereka, aku akan berasa sunyi kerana tiada teman sekuliah.

Hidup sebagai pelajar Uni ni sangat mencabar fizikal dan mental. Sentiasalah ingat Tuhan tidak pernah menyerah kalah dengan kita. Aku berdoa pada Tuhan agar dia terus memberikan aku kekuatan untuk terus berada di sini. Aku berdoa juga agar Tuhan memberikan ilmu kepada aku. Dan janganlah fikir yang hidup ini berhenti di sini ketika kita gagal tapi biarlah kegagalan itu menjadi pendorong kepada kita untuk berjaya di masa depan. Apa pun berlaku, ingatlah Tuhan!

:)

No comments: